Konvensyen Keusahawanan Islam ( iCEPS ) merupakan program tahunan yang wajib dianjurkan oleh mahasiswa/i tahun akhir Fakulti Ekonomi dan Muamalat ( FEM ) Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ). Konvensyen ini merupakan projek mega mahasiswa/i tahun akhir FEM dalam menguji keupayaan mereka menguruskan majlis yang besar seperti ini yang melibatkan pelbagai pihak bermula dari pihak fakulti sendiri, pengurusan universiti, agensi kerajaan dan swasta, ahli korporat dan sebagainya.
Di dalam konvensyen ini, elemen keusahawanan merupakan aktiviti utama yang dititikberatkan. Sebagaimana yang diketahui, keusahawanan merupakan suatu aset penting dalam pembangunan ekonomi negara. Bidang keusahawanan merupakan kerjaya pilihan masa kini dan merupakan antara peluang kerjaya yang sangat luas untuk diterokai sepenuhnya oleh sesiapa sahaja. Melalui keusahawanan, pelbagai peluang dapat ditembusi seterusnya dapat membantu mengurangkan masalah pengangguran yang menjadi dilema para graduan dewasa ini. Justeru itu,dapat dilihat semakin ramai mahasiswa yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
Di samping itu, keusahawanan ini juga bukan sahaja membangunkan ekonomi negara malah ia juga mampu membangunkan ekonomi masyarakat Islam pada masa kini. Bagi merealisaikan harapan kerajaan dalam membangunkan ekonomi negara, suatu inisiatif perlu diambil bagi mencapai hasrat tersebut. Secara tidak langsung, bidang keusahawanan dapat diluaskan lagi dengan kehadiran produk baru yang jauh lebih berkualiti.
Oleh yang demikian, melalui kesinambungan dari iCEPS yang lepas, Konvensyen Keusahawanan Islam ( iCEPS'7 ) 2011 akan diadakan pada 6 okt hingga 9 Okt 2011 bertempat di Dataran Nilai yang bertemakan " ’ISLAMIC ENTREPRENEURSHIP DERIVES CIVILIZATION". Diharapkan iCEPS'7 2011 kali ini dapat menjadi satu landasan bagi mewujudkan serta melahirkan usahawanan yang berlandaskan syariah Islam di Malaysia khususnya dan di peringkat global amnya.
OBJEKTIF :
· Memberikan pengetahuan dan pemahaman yang jelas berkaitan keusahawanan dan konsep perlaksanaannya. Ia juga menyediakan ruang dan peluang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan sebagai medium untuk membangunkan umat Islam di negara ini.
· Menggalakkan peserta khususnya mahasiswa/i melibatkan diri secara aktif dalam program keusahawanan demi meningkatkan ekonomi negara sekaligus membuka ruang untuklk membina jaringan perniaagaan.
· Mempromosikan lagi USIM kepada masyarakat umum sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) yang sedang meningkat maju.
· Sebagai persediaan kepada mahasiswa/i USIM dalam menghadapi alam pekerjaan.
· Meningkatkan daya saing serta semangat juang yang tinggi di kalangan mahasiswa/i USIM.
· Merealisasikan agenda kerajaan iaitu meningkatkan golongan usahawan di kalangan bumiputera dan seterusnya meningkatkan perkembangan ekonomi negara.