Thursday, August 18, 2011

iCEPS 7 car boot sale



iCEPS7 CARBOOT SALE (Terus dari bonet)
Carboot Sale merupakan cara terbaik bagi mengosongkan kandungan almari atau garaj anda, dan meningkatkan beberapa
dana untuk koleksi anda. Hanya di Carboot anda boleh mengurangkan UNWANTED ITEMS di rumah anda

Tarikh : 8/10-9/10/2011
Tempat : Dataran Nilai, Nilai
Masa : 9.00am-6.00pm
Sewa Tapak : RM100/2 hari
Deposit : RM50 (untuk kebersihan, duit RM50 akan dikembalikan sekiranya kebersihan memuaskan)
*INFO
1. Carboot sale ini diadakan serentak dengan event iCEPS7 anjuran pelajar tahun 3, Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Terdapat pelbagai aktiviti lain yang turut diadakan pada hari tersebut seperti Autoshow, Motorshow, Konsert,
Outdoor game (paintball, wall climbing, walking big ball, dll), pameran-pameran dari syarikat-syarikat terpilih,
gerai-gerai makanan, Gadget/PC/Book fairs, pertandingan mewarna/memasak/futsal/sukan rakyat/sukaneka/aerobik dan lain-lain.

2. Barangan yang dijual adalah barangan terpakai, barangan limited-edition, barangan kraf yang unik, barangan DIY, barangan brand persendirian, DVD (cetak rompak tak dibenarkan), buku-buku terpakai, barangan permainan, dan lain-lain. Mercun, bahan api, senjata dan perkara berkaitan tidak dibenarkan.

3. Lesen perniagaan tak diperlukan. Khemah dan meja tidak disediakan, susunan barangan adalah mengikut kreativiti peniaga.

4. Pembeli menjangkakan barangan-barangan yang dijual oleh peniaga dalam keadaan yang baik, kualiti yang
memuaskan dan sesuai untuk dibeli. Sebarang ketidakpuashatian dari pihak pembeli adalah tanggungjawab peniaga itu sendiri.

5. Tempat terhad kepada 20 parking lot sahaja. Kepada peniaga yang berminat untuk menyertai Carboot Sale ini sila emailkan butiran anda (Nama, No.Tel, Nama Kedai, No.plat kereta, jenis barangan yang akan dijual) ke atishakirashabri@gmail.com. sebarang pertanyaan boleh hubungi  013-7190021 (cik Aty Shakira)

6. Kami akan memilih peniaga-peniaga yang relevan untuk event tersebut. Kaedah pembayaran akan diberitahu kemudian.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...